.::Pembuka Tirai::.

Wednesday, March 19, 2008

.:MALAIKAT MEMBAWA MALAIKAT GEMBIRA:.


.:SARAH:.
Sarah merasakan bahawa kebahagiaan hidupnya bersama Nabi Ibrahim kurang lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Bertahun-tahun mereka menanti kehadiran seorang anak yang bakal mewarisi nasab keturunan. Ada ketikanya, Sarah dibebani oleh perasaan bimbang terhadap nasib dirinya dan suami tatkala menghadapi hari-hari tua.
Beliau bersyukur kerana Nabi Ibrahim masih tetap setia dan menyayanginya. Namun Sarah merasa hampa atas kegagalannya melahirkan zuriat untuk suami yang amat dikasihi. Beliau tahu bahawa suaminya terlalu menginginkan kelahiran buat penyeri kasih mereka.
Sebagai tanda kasih dan pengorbanan, Sarah meminta Nabi Ibrahim menikahi pembantu mereka bernama Hajar. Maka, baginda pun menyempurnakan permintaan isterinya lalu menikahi Hajar, seorang wanita cantik dan baik akhlaknya. Setelah beberapa lama menikahi Hajar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ismail.
Waktu terus berlalu dan usia Sarah semakin meningkat tua. Harapannya utk memperolehi anak telah lupus dimamah usia. Sarah tetap redha dengan ketentuan Allah. Di samping itu, beliau tetap berasa gembira berada disisi suaminya. Meskipun Nabi telah bernikah dgn Hajar dan mempunyai anak, namun, kasih dan cinta baginda terhadap Sarah tidak pernah luntur.
Pada suatu hari, beberapa orang tetamu telah datang berkunjung ke rumah mereka. Seperti biasa, apabila rumah mereka dikunjungi tetamu, Sarah akan memasak hidangan yang istimewa. Memang menjadi kebiasaan Nabi Ibrahim, baginda suka menjamu makanan kepada orang ramai. Nabi Ibrahim menyuruh Sarah memasak daging seekor anak sapi yang gemuk. Setelah selesai memasak , maka, Sarah menghidangkan makanan tersebut kepada tetamu. Bagaimanapun, Nabi Ibrahim merasa aneh apabila melihat mereka enggan menjamah makanan tersebut. Timbul ketakutan di hati mereka tentang persoalan siapakah sebenarnya tetamu mereka.
“Janganlah kamu takut. Sesungguhnya kami adalah malaikat yang diutuskan untuk meyampaikan khabar gembira tentang kelahiran seorang anak!”
“Sungguh menakjubkan! Apakah aku akan melahirkan anak, sedangkan aku adalah perempuan tua?. Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh,” ujar Sarah.
“Apakah kamu mersa hairan tentang ketetapan Allah? Inilah rahmat dan keberkatan Allah yang dicurahkan ke atas kamu. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah,” jawab Malaikat itu.
Nabi Ibrahim dan Sarah terpegun dgn perkhabaran yg dibawa oleh para malaikat itu. Mereka tidak henti-henti melahirkan rasa kesyukuran kpd Allah di atas limpah rahmat kurniaanNya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dalam usia di sekitar 90 tahun, Sarah melahirkan dua orang zuriat lelaki .Bermula dengan Ishak, kemudian ya’qub.
Akhirnya doa Sarah dan Nabi Ibrahim telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sarah merupakan ibu yang melahirkan anak di usia yang tua, atas rahmat dan kekuasaan Allah. Beliau juga dianugerahi oleh ALLAH usia yang panjang di samping merupakan insan yang amat kukuh pertaliannya dengan sejarah agama kita yang suci..

ﻭﺍﷲ ﺃﻋﻠﻡ....

No comments: