.::Pembuka Tirai::.

Saturday, March 8, 2008

.:kiSaH muSliMah:.


syafiyah Binti Abdul Mutalib

syafiyah binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan wanita terawal yang menyambut seruan Rasulullah s.a.w supaya beriman kepada Allah dan rasulNya. Sejak usia muda beliau telah memeluk agama islam dan menyerahkan seluruh jiwaraga kepada Allah dan RasulNya serta perjuangan menegakkan agama Allah yang maha suci.

sebagai ahli keluarga pembesar Quraisy, kehidupan beliau dipenuhi kemewahan dan penghormatan. Namun timbunan harta tidak memberi sebarang makna baginya. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah. Meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan namun keimanannya tetap kental.

Saban waktu Syafiyah sentiasa menumpukan perhatiannya beribadat kepada Allah di samping menjaga dirinya dari sebarang dosa. Beliau amat takut dengan seksaan neraka Allah lantas sentiasa berusaha memperbaiki diri agar terhindar dari godaan nafsu dan hasutan syaitan. Syafiyah amat terkenal dengan keberaniannya dalam perjuangan menghapuskan musuh-musuh Allah.
Dalam peperangan Khandaq, Syafiyah bersama Hasan Bin Tsabit ditugaskan menjaga oarng-orang tua yang uzur,bkanak-kanak dan para Muslimah di sebuah rumah yang menjadi kubu pertahanan. Tatkala itu semua para muslimin sedang berjuang di medan pertempuran. Syafiyah telah melihat sekumpulan musuh iaitu dari kalangan kaum yahudi yang berpaling tadah, sedang menjengah tempat persembunyian mereka. Dia segera memberitahu Hasan tentang kehadiran musuh yang mahu membunuh mereka.

“wahai Hasan! musuh sedang mengelilingi kita. Aku amat bimbang jika mereka bertindak ke atas kita semua. Segeralah kamu pergi membunuh musuh Allah itu!,” perintah Syafiyah.

Bagaimanapun Hasan tidak berani untuk keluar berdepan dengan musuh yang sedang mengintip tempat persembunyian mereka itu. Maka Syafiah telah bertindak nekad tanpa mempedulikan keselamatan dirinya. Beliau mencapai kayu lalu membuka pintu rumah. Tanpa membuang masa Syafiah telah menyerang salah seorang musuh yang sedang berada di hadapan pintu. Beliau telah memukul orang itu bertalu-talu sehingga mati.

Kemudian kepala mayat musuh Allah itu dipotong lalu dicampakkannya ke tempat beberapa orang musuh yang sedang menunggu. Maka semua musuh yang sedang menunggu lari bertempiaran. Tindakan berani serta bijak Syafiah telah menyelamatkan mereka dari ancaman musuh.

Sewaktu dalam Peperangan Uhud, Syafiah sekali lagi telah menunjukkan keberaniannya. Pada ketika itu, tentera Muslimin sedang mengalami kekalahan. Syafiah telah terlihat beberapa orang tentera Islam sedang cuba lari dari medan pertempuran. Beliau amat marah lalu mencapai sebilah lembing dan mengacukan ke arah tentera Islam itu.

“Awas! jika kamu semua lari meninggalkan Rasulullah, aku akan membunuh kamu semua dengan lembing ini!” jerit Syafiah penuh semangat. Melihatkan kemarahan Syafiah itu, semua tentera Islam itu kembali ke medan pertempuran.

Dalam pertempuran dahsyat itu, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saiyidina Hamzah telah syahid. Tubuhnya dicincang, dadanya telah dilapah dan jantungnya telah dikeluarkan oleh Hindun kerana melepaskan geram. Rasulullah s.a.w menangis melihat kekejaman itu. Syafiyah segera meluru untuk melihat mayat Saiyidina Hamzah, saudara kandungnya yang syahid di medan Uhud.

Rasulullah menyuruh sepupunya Zubair yang merupakan anak Syafiyah supaya menghalang ibunya dari melihat mayat saiyidina Hamzah. Bagaimanapun Syafiyah begitu berani berdepan dengan keadaan yang amat mengerikan serta memilukan itu. Beliau dengan tenang merapati mayat saudara lelakinya itu sambil beristighfar dan berdoa.

“mudah-mudahan kita akan dapat menahan diri dan bersabar atas kematian ini,” ujar Syafiyah.

Demikianlah keberanian, ketabahan serta kekentalan iman Syafiyah menjadi sanjungan bagi umat Islam keseluruhannya. Perjuangan dan pengorabana belaiu terlalu besar malahan beliau sanggup mati mati demi menegakkan AGAMA ALLAH!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

No comments: