.::Pembuka Tirai::.

Wednesday, April 30, 2008

.:PuteRi-puTeri teLadan DaLam IsLAM:.


SAHLAH BINTI SUHAIL R.A
MENDAPAT RUKHSAH RASULULLAH S.A.W

Ketika zaman Rasullah s.aw,tidak ramai orang yang mendapat rukhsah (kemudahan) daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana diberikan kepada Sahlah binti Suhail bin Amru al-Quraisy al-Amiriyah.Beliau memang seorang wanita yang bertuah.Sahlah merupakan antara mereka yang terawal memeluk Islam.Beliau memeluk Islam ketika masih berada di Makkah.Beliau kemudiannya dibaiat Rasulullah s.a.w dan berhijrah ke Habsyah bersama suaminya; Abu Huzaifah bin Utbah.Hasil perkahwinan ini,mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Muhammad bin Abu Huzaifah.
Beliau juga sangat beruntung kerana berasal dari keluarga yang baik.Beliau mendapat kurnia masuk Islam bersama kumpulan pertama dari Madinah yang beriman kepada Allah.Suaminya pula merupakan anak kepada seorang pemimpin besar jahiliyah;Utbah bin Rabi’ah bin Abdu Syams ai-Quraisy al-Abasiy.Abu Huzaifah juga merupakan antara orang pertama masuk Islam.
Kalangan saudara-saudara Sahlah juga terkenal sebagai orang yang dihormati di zaman itu.Abu jandal bin Suhail,seorang sahabat yang mulia,Abdullah bin Suhail,termasuk golongan terawal masuk Islam dan ikut Perang Badar.Sementara bapanya,Suhail bin amru pula merupakan pemidato ulung kaum Quraisy dan pemimpin mereka.Juga dikenali sebagai seorang pemaaf,dermawan dan fasih dalam berkhutbah.
Sementara saudara perempuannya yang cukup dikenali adalah Ummu Khulthum binti suhail.Beliau juga antara orang terawal memeluk Islam ketika masih tinggal di Makkah.Beliau juga dibaiat oleh Rasulullah s.a.w dan berhijrah ke Habsyah bersama suaminya;Abu Sabrah bin Abu Rahman r.a.
Sepanjang kehidupan di Habsyah,memang tidak dinafikan Sahlah dan keluarga serta kaum muslimin lain hidup dalam aman dan damai di bawah pemerintahan Raja Habsyah,Najasyi.Namun,Sahlah tidak dapat menyembunyikan kerinduannya tergadap tanah kelahirannya di makkah.Keinginannya untuk kembali ke kampung halaman begitu membuak-buak sekali.Dia sentiasa merindui tempat lahirnya dan Baitul Atiq.
Khabar angin mengatakan ramai penduduk Makkah telah memeluk Islam membuatkan rombongan hijrah ini kembali ke Makkah.Namun,apabila tiba di sana mereka hampa kerana ia skadar khabar angin.Kalau ada pun yang memeluk Islam hanyalah sembunyi-sembunyi kerana bimbang dengan ancaman Quraisy.Ini menyebabkan sebahagian rombongan berkenaan berpatah kembali ke Habsyah sementara sebahagiannya pula memutuskan untuk tetap di Makkah sementara menunggu masa untuk berhijrah ke Madinah termasuklah Sahlah dan suaminya Abu Huzaifah.
Hubungan Sahlah dengan baginda Rasulullah dan keluarganya memang rapat sehinggakan perjalanan hidup Sahlah mendapat perhatian Rasulullah.Bahkan,Sahlah merupakan antara orang yang mendapat rukhsah (kemudahan) daripada Rasulullah misalnya dalam memperkatakan tentang hubungan Sahlah dengan anak angkatnya;Salim yang juga merupakan hamba sahaya suaminya.
Memandangkan Salim membesar dalam keluarga ini,Sahlah telah menganggapnya sebagai anak kandung mereka.Ketika zaman jahiliyah,sesiapa yang mengangkat seseorang sebagai anak angkat,mereka berhak menganggapnya sebagai anak sendiri dan berhak mendapat harta warisan,malahan Salim boleh bertemu dengan Sahlah tanpa perlu Sahlah mengenakan hijab.
Namun,disebabkan mereka sudah memeluk Islam, jadi soal hukum ini mengheret mereka dalam kebimbangan.Lalu,apabila diajukan kepada baginda Rasulullah s.a.w,baginda memberi rukhsah yakni kemudahan khusus kepada Sahlah dengan ‘memboleh’kan Salim masuk ke rumah meskipun Sahlah tidak mengenakan hijab.
Selama hidupnya,Sahlah memiliki empat orang cahaya mata daripada empat perkahwinan iaitu Muhammad yang merupakan hasil pernikahan dengan Abu Huzaifah,Sulaith (hasil pernikahan dengan Abdullah Aswad), Bukair (hasil pernikahan dengan Syammakh bin Saad bin Qaif) dan Salim (hasil pernikahan dengan Abdurrahman bin Auf).Kesemua anaknya ini juga memiliki kedudukan yang sangat penting dalam sejarah Islam.
Selain memiliki pendirian tetap dan kuat beribadah serta teguh dengan keimanannya dan mempercayai seluruh ajaran Rasulullah,Sahlah turut meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah sementara Qasim bin Muhammad pula meriwayatkan hadis daripada beliau.
Sahlah sempat hidup sehingga zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin.Semoga Allah sentiasa meredai dan menempatkannya di kalangan penghuni syurga.Wallahualam.

Keazaman Menempuh Dunia Yang seMakin meNcabar


Melalui perjalanan hidup yang kita tempuhi,sepatutnya kita bertambah matang dan menyedari bahawa segala kejayaan yang kita kecapi sebenarnya adalah atas ketekunan,usaha gigih dan kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan,di samping adanya pertolongan dan petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla.Sementara kegagalan yang kita alami adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita sendiri.

Nampaknya liku-liku kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang lebih mencabar dari masa-masa yang lalu.Setiap hari kita didedahkan dengan gegala-gegala buruk dalam masyarakat,seperti salah guna dadah yang belum nampak dapat dikurangkan,ditambah pula gegala mat rempit yang semakin menjadi-jadi.

Gegala yang tidak sihat ini tentulah mencabar dan menggugat kesejahteraan keluarda dan masyarakat.Oleh itu,mahu tidak mahu semua pemimpin institusi masyarakat termasuk ibu bapa harus sama-sama memikirkan dan bertindak serius untuk membendung dan memeranginya.

Pembentukan ank soleh dan solehah sebaik-baiknya bermula dari pemilihan jodoh,ketika anak dalam kandungan dan demikian seterusnya ketika anak sudah dilahirkan.Ibarat benih yang sudah bertunas,pendidikan harus berjalan secara sistematik dengan menjadikan ibu bapa sebagai model untuk dicontohi anak-anak.

Pendidikan Islam yang sewajarnya berjalan dengan penuh tanggungjawab hingga Islam berani mengisytiharkan anak permpuan yang berusia 9 tahun Hijrah (kira-kira 8 tahun 8 bulan Masihi) sudah layak diberi tanggungjawab.Bagi anak-anak lelaki pula selewat-lewatnya dalam usia 15 tahun Hijrah (menyamai kira-kira 14.5 tahun Masihi).Pada hal dunia Barat mendeklarasikan seseorang itu dianggap dewasa dan layak memikul tanggungjawab setelah berusia 21 tahun.
Masalahnya sekarang,oleh kerana system pendidikan Islam yang begitu teratur telah diabaikan oleh kebanyakan orang islam,maka natijahnya ramai anak muda mengalami masalah,ada yang sudah baligh tetapi tidak tahu menunaikan solat,atau tahu tetapi mengabaikannya,berlaku krisis akhlak di kalangan generasi muda,anak lari dari rumah,ponteng sekolah,murid melawan guru,penyalahgunaan dadah,mat rempit dan sebagainya.

Bagaimanapun perlu disedari bahawa Islam telah memecahkan rekod,bahawa buluh yang sudah keras sebenarmya masih boleh dilentur lagi.Betapa tidak,kerana telah tercatit dalam sejarah,ramai para sahabat yang masuk Islam setelah dewasa.Sebelum Islam telah menerima pendidikan daripada keluarganya bukan Muslim,sebab itu sudah biasa mereka menyembah berhala,malah memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah s.a.w.Sebagai contoh ialah Umar Ibnu al-Khattab r.a. sebelum masuk Islam adalah musuh Islam dan musuh Nabi s.a.w. nombor satu sehingga Rasulullah s.a.w. berdo’a semoga umar diberi hidayah,akhirnya alhamdulillah Umar masuk islam.

Setelah Islam,beliau mendapat pendidikan secara intensip bersama-sama sahabat lain,seperti Qiyamullail,mengikuti majlis ta’lim dan nasihat yang berterusan daripada Rasulullah s.a.w.Akhirnya terbentuk keluhuran budi dan Umar menjadi insane soleh tang bertaqwa kepada Allah.Umar menjadi Khalifah Islam ke-2,dan semasa pemerintahan Umar telah berjaya membuat kemajuan besar yang sungguh membanggakan.
Justeru,bukan satu kemustahilan untuk seseorang membentuk diri menjadi insane soleh walaupun telah dewasa dan dalam akhlaknya yang tidak baik.
Apa yang penting,ibu bapa,alim ulama,cendikiawan dan pemimpin masyarakat di samping melaksanakan undang-undang dunia,hendaklah terus berdakwah dan berdo’a semoga insan-insan ‘degil’ itu hati mereka menjadi lunak,mahu tunduk kepada peraturan dan hukum Allah.

Ingatlah,batu yang keras akan lekuk dengan titisan air yang berterusan,apatah lagi jiwa manusia.Sudah tentu bukan satu yang mustahil ia menjadi ‘lunak’ apabila diberi suntikan nasihat dan didikan agama.Insya-Allah.

Friday, April 25, 2008

.::Tamrin Ting.4::.

-Klik utk lihat gambar2-

Location : Dewan Fatimah Az-Zahra' [Dewan A]

Date : 23-24 April 2008 bersamaan 16-17 Rabiul Akhir 1429H

Day : Rabu & Khamis

Thursday, April 24, 2008

.:eMpaT maCam ManuSia:.

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu :
*Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
*Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
*Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
*Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Wednesday, April 2, 2008

.:iKtibaR daRipaDa ApRiL F0ol:.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian sebagai The April Fool Day.

Pada tanggal 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara melakukan penipuan dan walaupun dengan tipu helah.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedy yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara-saudaranya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Oleh itu, adalah sangat tidak patut orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad silam.

.:sEjaRah aSaL Usul ApRil Fo0l:.

The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892H. Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberi toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah memerangi Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Tidak saja membaca Al-Quran, namun bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula, kaum kafir yang masih ada disekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukan Islam, yakni dengan pertama-tama melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alcohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama’ palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil. Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai Pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentera Salib mengetahui bahawa muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada bias keluar dari rumah dengan aman dan boleh berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Muslim diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol. Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan Salib memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya bisa terpana ketika tentera Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Kebanyakannya terdiri dari para perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Tambahan pula, para tentera Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segera membantai umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

.:aPriL foOL:.

Pada tanggal 1 April orang-orang begitu taksub menipu dan berbohong kepada orang lain. April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara penipuan. Sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara melakukan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan semata-mata.

Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool, yang hanya berlaku pada tanggal 1 April, adalah hari di mana kita boleh dan sah-sah saja menipu teman, orang tua, saudara, atau sejenis-nya, dan sang target tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin akrab dalam kalangan masyarakat perkotaan kita. Tidak mustahillah, ia akan meluas ke masyarakat yang tinggal di desa. Ironisnya, masyarakat dengan mudah meniru budaya Barat ini tanpa mengkritisinya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya!

Tahukah anda, bahawa perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu, sesungguhnya berawal dari suatu tragedy besar yang sangat menyedihkan dan memilukan???