.::Pembuka Tirai::.

Wednesday, April 30, 2008

.:PuteRi-puTeri teLadan DaLam IsLAM:.


SAHLAH BINTI SUHAIL R.A
MENDAPAT RUKHSAH RASULULLAH S.A.W

Ketika zaman Rasullah s.aw,tidak ramai orang yang mendapat rukhsah (kemudahan) daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana diberikan kepada Sahlah binti Suhail bin Amru al-Quraisy al-Amiriyah.Beliau memang seorang wanita yang bertuah.Sahlah merupakan antara mereka yang terawal memeluk Islam.Beliau memeluk Islam ketika masih berada di Makkah.Beliau kemudiannya dibaiat Rasulullah s.a.w dan berhijrah ke Habsyah bersama suaminya; Abu Huzaifah bin Utbah.Hasil perkahwinan ini,mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Muhammad bin Abu Huzaifah.
Beliau juga sangat beruntung kerana berasal dari keluarga yang baik.Beliau mendapat kurnia masuk Islam bersama kumpulan pertama dari Madinah yang beriman kepada Allah.Suaminya pula merupakan anak kepada seorang pemimpin besar jahiliyah;Utbah bin Rabi’ah bin Abdu Syams ai-Quraisy al-Abasiy.Abu Huzaifah juga merupakan antara orang pertama masuk Islam.
Kalangan saudara-saudara Sahlah juga terkenal sebagai orang yang dihormati di zaman itu.Abu jandal bin Suhail,seorang sahabat yang mulia,Abdullah bin Suhail,termasuk golongan terawal masuk Islam dan ikut Perang Badar.Sementara bapanya,Suhail bin amru pula merupakan pemidato ulung kaum Quraisy dan pemimpin mereka.Juga dikenali sebagai seorang pemaaf,dermawan dan fasih dalam berkhutbah.
Sementara saudara perempuannya yang cukup dikenali adalah Ummu Khulthum binti suhail.Beliau juga antara orang terawal memeluk Islam ketika masih tinggal di Makkah.Beliau juga dibaiat oleh Rasulullah s.a.w dan berhijrah ke Habsyah bersama suaminya;Abu Sabrah bin Abu Rahman r.a.
Sepanjang kehidupan di Habsyah,memang tidak dinafikan Sahlah dan keluarga serta kaum muslimin lain hidup dalam aman dan damai di bawah pemerintahan Raja Habsyah,Najasyi.Namun,Sahlah tidak dapat menyembunyikan kerinduannya tergadap tanah kelahirannya di makkah.Keinginannya untuk kembali ke kampung halaman begitu membuak-buak sekali.Dia sentiasa merindui tempat lahirnya dan Baitul Atiq.
Khabar angin mengatakan ramai penduduk Makkah telah memeluk Islam membuatkan rombongan hijrah ini kembali ke Makkah.Namun,apabila tiba di sana mereka hampa kerana ia skadar khabar angin.Kalau ada pun yang memeluk Islam hanyalah sembunyi-sembunyi kerana bimbang dengan ancaman Quraisy.Ini menyebabkan sebahagian rombongan berkenaan berpatah kembali ke Habsyah sementara sebahagiannya pula memutuskan untuk tetap di Makkah sementara menunggu masa untuk berhijrah ke Madinah termasuklah Sahlah dan suaminya Abu Huzaifah.
Hubungan Sahlah dengan baginda Rasulullah dan keluarganya memang rapat sehinggakan perjalanan hidup Sahlah mendapat perhatian Rasulullah.Bahkan,Sahlah merupakan antara orang yang mendapat rukhsah (kemudahan) daripada Rasulullah misalnya dalam memperkatakan tentang hubungan Sahlah dengan anak angkatnya;Salim yang juga merupakan hamba sahaya suaminya.
Memandangkan Salim membesar dalam keluarga ini,Sahlah telah menganggapnya sebagai anak kandung mereka.Ketika zaman jahiliyah,sesiapa yang mengangkat seseorang sebagai anak angkat,mereka berhak menganggapnya sebagai anak sendiri dan berhak mendapat harta warisan,malahan Salim boleh bertemu dengan Sahlah tanpa perlu Sahlah mengenakan hijab.
Namun,disebabkan mereka sudah memeluk Islam, jadi soal hukum ini mengheret mereka dalam kebimbangan.Lalu,apabila diajukan kepada baginda Rasulullah s.a.w,baginda memberi rukhsah yakni kemudahan khusus kepada Sahlah dengan ‘memboleh’kan Salim masuk ke rumah meskipun Sahlah tidak mengenakan hijab.
Selama hidupnya,Sahlah memiliki empat orang cahaya mata daripada empat perkahwinan iaitu Muhammad yang merupakan hasil pernikahan dengan Abu Huzaifah,Sulaith (hasil pernikahan dengan Abdullah Aswad), Bukair (hasil pernikahan dengan Syammakh bin Saad bin Qaif) dan Salim (hasil pernikahan dengan Abdurrahman bin Auf).Kesemua anaknya ini juga memiliki kedudukan yang sangat penting dalam sejarah Islam.
Selain memiliki pendirian tetap dan kuat beribadah serta teguh dengan keimanannya dan mempercayai seluruh ajaran Rasulullah,Sahlah turut meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah sementara Qasim bin Muhammad pula meriwayatkan hadis daripada beliau.
Sahlah sempat hidup sehingga zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin.Semoga Allah sentiasa meredai dan menempatkannya di kalangan penghuni syurga.Wallahualam.

No comments: