.::Pembuka Tirai::.

Thursday, November 20, 2008

.......muTTaQin.......


muttaQin bermaksud orang yang bertakwa. Dilihat pada sudut akhlak,orang yang bertaqwa mempunyai watak dan budi pekerti yang mulia dan tinggi, hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, berperibadi terpuji, menjaga dan memelihara dirinya sendiri dan tidak merugikan orang lain atau membuat kerosakan.

Imam A-Ghazali memperincikan bahawa sifat-sifat taqwa itu akan membentuk tujuh jenis watak dan sifat-sifat manusia baik:

1] lidahnya terpelihara dari berbohong, mencela, mengumpat, menyakiti hati orang lain dll

2] hatinya terhindar dari sifat dengki, benci, pendendam dan lain-lain.

3]matanya terpelihara dari pandangan haram.

4]perutnya tidak mahu memakan makanan haram.

5] tangannya tidak digunakan untuk perbuatan dosa.

6]kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.

7]ketaatannya ikhlas kerana Allah semata-mata tidak kerana riak atau mengharapkan pujian orang lain.

maLaikat tuNjuK gaMbarn syUrGa kpD aSiaH


Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.

Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.

Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: “Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!”Jawab Asiah dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!”Jawab Asiah: “Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.Katanya: “Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.” Berulang kali pula Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: “Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum

Tuesday, November 18, 2008

...taNda nak Mati???


Semua tanda-tanda ini hanya Allah sahaja yang tahu, email ini diforward hanya sekedar mengingatkan kita tentang kematian. Entah dalam masa setahun, sebulan, seminggu, sehari, satu jam atau.... kita didunia ini semuanya calon-calon jenazah yang bakal dimandikan, dikafankan, disolatkan dan ditanamkan. Lembutkanlah hatimu dengan mengingati mati, sebelum dirimu diselimuti dgn kain kafan, sebelum dirimu dikelilingi oleh himpitan tanah, sebelum dua malaikat mungkar dan nangkir mendatangi mu....laksanakan tugas sebagai seorang abdi dan khalifah Allah
SESUDAH ASAR

ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang t ida k diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang t ida k makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita t ida k mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita t ida k akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita t ida k akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita
sumber: buletin fs Nadia

Sunday, November 16, 2008

QueenRania azam ubah persepsi negatif dUnIa Pd Islam


KEJELITAANNYA ditambah dengan susuk tinggi lampai umpama model membuatkan ramai melihat beliau sekadar Permaisuri jelita yang dikagumi kerana penampilan glamornya. Hakikatnya, Permaisuri Jordan Rania Al Abdullah bukan hanya ‘wajah yang cantik’, tetapi baginda mempunyai visi dan berwibawa, selain aktif dalam pelbagai pertubuhan sama ada di Jordan mahupun pada peringkat antarabangsa.Pembabitannya dalam kegiatan sebegitu lahir secara semula jadi terutama pengalamannya keluarga selepas Perang Teluk pada 1991. Seperti kebanyakan keluarga Palestin yang menetap di Kuwait, ayah Permaisuri Rania, seorang doktor terpaksa memindahkan keluarganya dari Kuwait ke Jordan kerana dianggap bersubahat dengan Iraq dan berbekalkan pengalaman pahit itu, baginda melihat dirinya boleh melakukan sesuatu bagi mengubah keadaan terutama dalam situasi konflik dan kini aktif membantu program pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Menariknya, Permaisuri Rania mulai aktif dalam pelbagai kegiatan amal sebelum suami baginda, Raja Abdullah II Al-Hussein menaiki takhta pada 1999. Darah Arab yang mengalir dalam tubuhnya dan ditambah dengan keturunannya yang berasal dari keluarga Islam Palestin yang dihormati, Permaisuri Rania sering dibandingkan dengan isteri ketiga Raja Hussein, Permaisuri Alia, seorang wanita Palestin jelita yang berasal dari Tebing Barat. Malah, seperti Permaisuri Alia, Permaisuri Rania dikatakan amat disenangi rakyat Jordan kerana kesederhanaannya dan minat mendalamnya terhadap kebajikan wanita serta kanak-kanak miskin.


Sempena kunjungan singkatnya ke Malaysia baru-baru ini, baginda turut mengunjungi universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) dan sebagai tanda penghormatan terhadap pelbagai kerja amal baginda, UM mengadakan Konvokesyen Khas di Dewan Tunku Canselor bagi mengurniakan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada baginda. Majlis penganugerahan itu disempurnakan dengan penuh adat istiadat yang disempurnakan Canselornya, Sultan Azlan Shah.Pada majlis itu, baginda melahirkan iltizam untuk menjadi ‘jambatan’ yang dapat menghubungkan antara Barat dan masyarakat Islam. Malah, dalam beberapa temubual yang dijalankan sama ada dengan media di negaranya mahupun antarabangsa, baginda sering kali melahirkan kepentingan untuk merapatkan jurang antara masyarakat Barat dan Islam yang semakin luas terutama sejak tragedi 11 September 2001.Baginda berkata, salah tanggapan terhadap Islam menyebabkan masyarakat Islam sering dipandang serong, apatah pula dalam dunia hari ini yang penuh prasangka. Justeru, baginda berpendapat semua pihak perlu melakukan perubahan bagi menghentikan konflik yang melanda dunia hari ini yang dilihatnya berlaku berikutan sikap tidak ambil peduli serta keengganan untuk memahami punca kepada syak wasangka yang berlaku terutama selepas 2001.


“Kajian baru-baru ini, menunjukkan 39 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) mengakui mempunyai perasaan prejudis terhadap masyarakat Islam. Lebih satu daripada lima rakyat menyatakan mereka tidak mahu mempunyai jiran beragama Islam. Saya yakin, keadaan ini berpunca daripada sikap tidak ambil peduli.“Malah, kebanyakan masyarakat Barat mengakui secara terbuka akan hakikat ini. Tahun lalu, apabila ditanya mengenai pandangan dan kepercayaan penduduk yang tinggal di negara dengan majoritinya beragama Islam, 57 peratus rakyat AS menyatakan ‘tidak banyak’ atau ‘tidak tahu langsung’.“Dan ketika ditanya apa yang mereka kagumi terhadap dunia Islam, lebih separuh rakyat AS yang terbabit dalam kajian itu menyatakan ‘tiada langsung’ atau ‘tiada pendapat’. Bagi saya hasil kajian itu adalah sesuatu yang tragik, bukan saja kerana saya seorang Muslim, tetapi juga bagi seseorang yang berasa dirinya memperoleh manfaat daripada kepelbagaian dalam sesebuah masyarakat itu,” katanya.Turut hadir pada majlis Konvokesyen Khas itu ialah Pro-Canselor UM, Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan isteri, Tuanku Zara Salim serta Naib Canselor UM, Datuk Dr Rafiah Salim.Permaisuri Rania berkata, setiap negara, setiap budaya dan setiap tradisi mempunyai nilai yang boleh dipelajari, justeru lebih banyak seseorang itu mengambil tahu mengenai kehidupan orang lain, maka lebih banyak dimensi yang ditambah kepada kehidupannya.Pada ucapannya sejurus menerima ijazah Kehormat itu, baginda turut melahirkan hasrat agar Malaysia dapat menjadi penggerak utama ke arah ‘kedamaian’ berikutan pengalaman luas Malaysia dalam menyatukan rakyat berbilang kaum selepas merdeka.“Jelas sekali masyarakat Barat perlu melakukan lebih banyak lagi bagi mendekatkan jurang antara Barat dan Timur itu. Tetapi pada masa sama, saya berpendapat kita, masyarakat di Timur perlu melakukan perkara sama bagi menyatakan dengan jelas apa yang kita mahukan.“Dan saya berharap Malaysia akan menjadi penggerak utama dalam usaha ini - kerana apa yang anda lakukan (dalam menyatukan rakyat berbilang kaum) adalah satu contoh yang hebat bagi pelbagai tanggapan stereotaip yang negatif terhadap masyarakat Islam,” katanya.


Bagi Permaisuri Rania, kejayaan Malaysia dalam menongkah arus stereotaip berkenaan perlu dijadikan contoh terbaik kepada dunia, lebih-lebih lagi apabila ramai yang menganggap Islam tidak mempunyai kekuatan dalam ekonomi, Malaysia mampu membuktikan sebaliknya.Malah, katanya, pada kala masyarakat Barat melihat Islam sebagai agama yang menindas golongan Hawa, di negara ini wanitanya menikmati kehidupan yang hebat. Malah tatkala kebanyakan rakyat di negara Islam asyik bertelagah berebut kuasa, Malaysia pula berjaya melahirkan bangsa yang dapat hidup bersama secara aman.“Ramai yang menganggap Islam menindas wanita. Tetapi di Malaysia, wanita berjaya mengorak langkah dalam pelbagai sektor, sama ada dalam politik dan kerajaan῅daripada perniagaan hingga ke perbankan dan juga anda kini mempunyai wanita sebagai Naib Canselor (tersenyum sambil memandang Rafiah)“Dan ramai yang percaya masyarakat Islam tidak boleh bersatu, tetapi di sini kita lihat pelbagai budaya mampu hidup bersama ‘menjalin’ hubungan erat meskipun berbeza tradisi, cita rasa dan kepercayaan. Di sinilah tempatnya di mana anda meraikan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas bersama-sama. Misalnya, sebagai penuntut di UM, anda melihat lebih banyak budaya di kelas anda berbanding sesetengah masyarakat dalam hidup mereka,” katanya.


Aktif dalam pelbagai pertubuhan amal


Permaisuri Rania melihat antara langkah yang boleh dilakukan bagi merapatkan jurang antara Barat dan masyarakat Islam itu ialah menerusi generasi muda yang dilihat lebih terbuka dan mampu menerima perubahan. Tidak hairanlah, baginda banyak terbabit dalam pelbagai pertubuhan dan program membabitkan remaja serta kanak-kanak.Ini tidak menghairankan kerana baginda yang dilahirkan sebagai Rania Al Yassin berasal dari keluarga Palestin yang mementingkan pendidikan.Kesungguhannya untuk mendekati generasi muda turut dilihat melalui pendekatan modennya terhadap pelbagai perkara termasuk menunjukkan minat terhadap hiburan - sesuatu yang kita tidak boleh nafikan cukup dekat di hati golongan berkenaan.Malah, ini jelas dilihat ketika menyampaikan ucapannya pada konvokesyen khas itu, apabila Permaisuri Rania menyatakan beliau mungkin tidak boleh menyanyi sehebat Ayu (pemenang program reality One in A Million), tetapi sambutan hebat yang diterimanya di universiti tertua Malaysia itu membuatkan beliau berasa seperti ’satu dalam sejuta’.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perlunya baginda menyebut perbandingan berkenaan, apatah pula apabila Permaisuri Rania turut menyebut mengenai Akademi Fantasia dalam ucapannya. Namun, di sebalik melihat secara luaran bahawa dua program seumpama itu cukup popular di kalangan generasi muda bukan saja di Malaysia bahkan juga di seluruh dunia, mungkin apa yang hendak disampaikan baginda ialah dalam era yang mana maklumat boleh diterima tanpa sempadan, semua pihak perlu turut berubah seiring dengan perkembangan semasa.Baginda berkata, bukan saja pemikiran perlu berubah, bahkan masyarakat juga perlu bersedia menghadapi cabaran era globalisasi dan cara bagaimana kita menangani perkembangan itu ialah dengan mengawalnya.Projek terbaru baginda, siaran YouTube yang dilancarkan Mac lalu, dilihat antara kegiatan terkini beliau menghapuskan pandangan sterotaip masyarakat Barat terhadap Islam menerusi saluran yang cukup dekat di kalangan generasi muda.Latar belakangnya yang berpendidikan turut menyaksikan baginda meletakkan keutamaan kepada pendidikan bagi kanak-kanak. Bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan di Jordan, Permaisuri Rania dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Jordan mewujudkan Anugerah Guru pada Oktober 2005 dengan harapan dapat mendorong guru di negara itu untuk berkhidmat dengan cemerlang.Tahun lalu, baginda menubuhkan muzium pertama bagi kanak-kanak di Amman bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan kanak-kanak dan keluarganya. Dekatnya generasi muda di hati permaisuri moden itu menyebabkan baginda tampil dengan program Madrasati (Sekolah Saya), satu inisiatif untuk membantu sekolah yang memerlukan bantuan kelengkapan. Fasa pertama inisiatif itu dilancarkan bulan lalu membabitkan pembinaan semula infrastruktur 500 sekolah di sekitar Jordan

===============================================================


INFO: Permaisuri Rania Al Abdullah


Dilahirkan di Kuwait dilahirkan pada 31 Ogos 1970.Baginda menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah di Kuwait.Memperoleh Ijazah Sarjana Muda alam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Amerika
di Kaherah pada 1991.Selepas tamat pengajian, baginda kembali ke Jordan dan menceburi bidang perbankan. Baginda kemudian bekerja dalam bidang teknologi Maklumat.Berkahwin dengan Raja Abdullah II (ketika itu Putera Abdullah) pada 1993 dan kini mempunyai empat cahaya mata.

..SaMbungan KisaH HassaN al-BaNna


Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati)


Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.
Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.


Sumber : Majalah I, April 2003

Friday, November 14, 2008

haL tadRi?



Sejarah Hassan Al Banna Hassan Al Banna :

Semarak Perjuangannya Masih Terasa Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam MusliminKeluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..Menubuhkan lkhwan MuslimPada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan HassanAl Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-BannaPengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi.

Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
bersambung....

Sumber : Majalah I, April 2003

6 caRa memBuat da'ie diSukaI


"dipetik dari modul fasi tamrin naqibat 2008"

1..berikan perhatian yang ikhlas pada orang lain


2..tersenYum..


2..Ingatlah bahawa sesuatu perkara bagi seseorang itu adalah sesuatu yang indah dan amat penting bunyinya dalam mana-mana bahasa..


3..jadilah seorang pendengar yang baik doronglah mad’u bercakap tentang diri mereka [bukan semua sekali dalam satu usrah tetapi sikit demi sikit setiap kali usrah]


4..perkatakanlah tentang sesuatu yang digemari oleh orang lain..

5..buatlah agar orang lain berasa penting dan lakukanlah secara ikhlas..LILLAHI TAALA...



Designed by: id_humaira@yahoo.com