.::Pembuka Tirai::.

Friday, December 29, 2006

Cantiknya Seorang Wanita

=Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik
=Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
=Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
=Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
=Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
=Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
=Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
=Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
=Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
=Cantik seorang wanita itu, sebagai warga negara peka membela nasib dan maruah negara
=Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
=Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
=Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

No comments: