.::Pembuka Tirai::.

Monday, December 29, 2008

saLam maaL hiJraH~

hari ini kita telah melangkah ke tahun baru hijriyyah 1430.. dan hari khamis akan menyusul dengan membawa satu gelaran baru.. tahun 2009M. tabir telah dibuka.. lembaran baru muncul kembali setelah bertungkus lumus dalam urusan duniawi dan ukhrawi bagi musim lalu.. kini coretan lalu sudah menjadi sejarah, nostalgia yang akan dikenang.. adakah hanya untuk dikenang?? hisablah diri, muhasabah diri, insafi diri, kelemahan harus diperbaiki, dosa mesti dijauhi, pahala patut digapai, amalan memain peranan.. ayuh! tingkatkan azam, tajdidkan niat, perubahan ke arah impian kesenangan ukhrawi harus berlaku dalam diri setiap insan.. tegarkan cita2, usahalah semampu mungkin kerana syurga impian harapan setiap muslim.. sama2 kita berhijrah, berjuang melawan nafsu~

Salam Awal Muharram 1430H

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009M

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH,
wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.
"
(An-nur:31)

Wednesday, December 17, 2008

baGaimana t'baTalnya keISLAMAN s'seOrg?


Pertanyaan:

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?

Jawapan:

Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, iaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebahagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana erti (maksud) dari ayat di bawah ini:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ...” (Q.s. Al-Ahzab: 36) .

Perlu diketahui bahawa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan-kewajipan, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama:

"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."

Misalnya, kewajipan salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya.

Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.

Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.

Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya.

SUMBER: FATWA QARDHAWI