.::Pembuka Tirai::.

Thursday, April 24, 2008

.:eMpaT maCam ManuSia:.

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu :
*Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
*Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
*Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
*Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Wednesday, April 2, 2008

.:iKtibaR daRipaDa ApRiL F0ol:.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian sebagai The April Fool Day.

Pada tanggal 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara melakukan penipuan dan walaupun dengan tipu helah.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedy yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara-saudaranya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Oleh itu, adalah sangat tidak patut orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad silam.