.::Pembuka Tirai::.

Wednesday, March 17, 2010

library...

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...

di sini ana ingin berkongsi serba sedikit info badati terkini. Dengan tertubuhnya lajnah akademik bagi BADATI 2010...maka badati kini bergerak lebih maju dan mewujudkan ruang khusus untuk maktabah. Gotong-royong telah diadakan pada hari jumaat lepas 12.3.2010.

Semoga dengan kewujudan maktabah ini dpt memudahkan "study gr0up" exco dan AJK badati. Justeru mencapai misi... "akademik sebagai salah satu wasilah dakwah"..

InsyaAllah... tidak lupa tahniah kepada semua kak2 yang baru sahaja memperoleh keputusan SPM dan STAM...tidak ketinggalan MMP turut mencatatkan sejarah cemerlang pada tahun ini..

"Pelajar Islam Boleh!!"

"Ledakkan Kejayaan Kerana Kejayaan Itu Untuk Islam "

" Ilmu Dapat Memartabatkan Ummah "

Thursday, March 11, 2010

Taubatnya Wanita Penggoda


Bismillahirrohmanirrahim...


RABI' BIN KHAITSAM adalah seorang pemuda yang terkenal ahli ibadah dan tidak mahu mendekati tempat maksiat sedikitpun. Jika berjalan pandangannya teduh tertunduk. Meskipun masih muda,kesungguhan Rabi' dalam beribadah telah diakui oleh banyak ulama' dan ditulis dalam banyak kitab. Imam Abdurrahman bin Ajian meriwayatkan bahawa Rabi' bin Khaitsam pernah solat tahajjud dengan membaca surah Al-Jatsiyah. Ketika sampai pada ayat kedua puluh satu, ia menangis. Ayat itu ertinya :



"Apakah orang-orang berbuat kejahatan ( dosa ) itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu!"

Seluruh jiwa Rabi' larut dalam penghayatan ayat itu.


Kehidupan dan kematia orang yang berbuat maksiat dengan orang yang mengerjakan amal soleh itu tidak sama! Rabi' terus menangis tersengguk-sengguk dalam solatnya Ia mengulang-ngulang ayat itu sampai terbit fajar.



Kesolehan Rabi' sering dijadikan teladan. Ibu-ibu dan orang tua sering menjadikan Rabi' sebagai profil pemuda alim yang harus dicontohi oleh anak-anak mereka. Memang selain ahli ibadah, Rabi' juga peramah. Wajahnya tenang dan murah dengan senyuman sesama insan.



Namun, tidak semua orang suka dengan Rabi'. Ada sekolompok orang ahli maksiat yang tidak suka dengan kezuhudan Rabi'. Sekolompok orang itu ingin menghancurkan Rabi'. Mereka ingin mempermalukan Rabi' dalam lembah kenistaan. Mereka tidak menempuh jalan kekerasan tetapi dengan cara yang halus dan licik. Ada lagi sekolompok orang yang ingin menguji sejauh mana keteguhan iman Rabi'.


Dua kelompok orang itu bersekutu. Mereka menyewa seorang wanita yang sangat cantik rupanya. Warna kulit dan bentuk tubuhnya mempesona. Mereka memerintahkan wanita itu menggoda Rabi' agar boleh jatuh dalam lembah kenistaan. Jika wanita cantik itu boleh menakluki Rabi', maka dia akan mendapatkan upah yang sangat tinggi, sampai seribu dirham. Wanita tersebut begitu bersemangat dan yakin akan boleh membuat Rabi' takluk pada pesona kecantikannya.



***************************************


Tatkala malam datang, rencana jahat itu benar-benar dilaksanakan. Wanita itu berdandan sesempurna mungkin. Bulu-bulu matanya dibuat sedemikian lentiknya. Bibirnya merah basah. Ia memilih pakaian sutera yang terindah dan memakai wangi-wangian yang meransang. Setelah dirasakan siap, ia mendatangi rumah Rabi' bin Khaitsam. Ia duduk di depan pintu dan menunggu Rabi' pulang dari masjid.

Suasana begitu sepi dan lengang. Tak lama kemudian Rabi' datang. Wanita itu sudah siap dengan tipu dayanya. Mula-mula ia menutupi wajah dari keindahan pakainnya dengan kain hitam. Dia menyapa Rabi':



"Assalamualaikum, apakah anda punya setitis air penawar dahaga?


"Waalaikumussalam, insyaAllah ada. Tunggu sebentar".

Jawab Rabi' tenang sambil membuka pintu rumahnya. Lalu dia bergegas ke belakang untuk mengambil air. Sejurus kemudian ia telah kembali dengan ,membawa secangkir air dan memberikannya kepada wanita bercadar hitam.



" Bolehkah aku masuk dan duduk sebentar untuk minum?Aku tak biasa mimum dengan berdiri ". Kata wanita itu sambil menerima cangkir.



Rabi' agak ragu namun mempersilakan juga setelah membuka tingkap dan pintu lebar-lebar. Wanita itu lalu duduk dan minum. Selepas minum, wanita itu berdiri. Dia berganjak ke pintu dan menutup pintu. Sambil menyandarkan tubuh ke pintu dia membuka cadar dan kain hitam yang menutupi tubuhnya. Lalu dia merayu Rabi' dengan kecantikannya.



*****************************

Rabi' terkejut , namun ia tidak berlansung lama. Dengan tenang dan suara berwibawa dia berkata pada wanita itu :



" Wahai saudariku, Allah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sebaik-sebaik kejadian. Kemudian kami mengembalikannya kepada serendah-rendah tempat kembali.
Allah yang maha pemurah telah menciptakan dirimu dalam bentuk yang terbaik. Apakah setelah itu kau ingin Dia melemparkan ke tempat yang paling rendah dan hina, iaitu neraka?!
" Saudariku, seandainya saat ini Allah menurunkan penyakit kusta padamu. Kulit dan tubuhmu penuh luka-luka bernanah busuk. Kecantikanmu hilang. Orang-orang jijik melihatmu. Apakah kau masih berani berkelakuan seperti ini?!"


" Saudariku, seandainya saat ini malaikat maut datang menjemputmu, adakah kau sudah bersedia? Apakah kau rela pada dirimu sendiri mengadap Allah dengan keadaanmu seperti
ini? Apakah kau akan katakan pada malaikat Munkar dan Nakir di kubur? Apakah kau yakin kau boleh mempertanggungjawabkan apa yang kau lakukan saat ini pada Allah di padang mahsyar kelak?!"


Suara Rabi' yang mengalir dari relung jiwa yang penuh cahay iman itu menembusi hati dan nurani wanita itu. Mendengar perkataan Rabi' mukanya menjadi pucat lesi. Tubuhnya bergetar hebat. Air matanya meleleh. Dia terus memakai kain hitam dan cadarnya. Lalu keluar dari rumah Rabi' dengan hati dipenuhi rasa takut kepada Allah Subahanahu Wa Ta'ala. Perkataan Rabi' itu terus terngiang di telinganya dan mengetuk dinding batinnya sampai akhirnya jatuh pengsan di tengah jalan. Sejak itu ia bertaubat dan berubah menjadi wanita ahli ibadah.


Orang-orang yang ingin memfitnah dan mempermalukan Rabi' terkejut mendengar wanita itu bertaubat. Mereka mengatakan :


" Malaikat apa yang menemani Rabi'?. Kita ingin menyeret Rabi' berbuat maksiat dengan wanita cantik itu, ternyata justeru Rabi' yang membuat wanita itu bertaubat!"


Rasa takut kepada Allah yang tertancap dalam hati wanita itu sedemikian dahsyatnya. Berbulan-bulah dia terus beribadah dan mengiba keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Dia tidak memikirkan apa-apa kecuali nasibnya di akhirat. Dia terus bersolat, bertasbih, berzikir dan berpuasa. Hingga akhirnya wanita itu wafat dalam keadaan sujud mengadap kiblat. Tubuhnya kurus kering kontang seperti batang kurma terbakar di tengah padang pasir.


**** the end....****


moga kita sama-sama mendapat i'tibar...