.::Pembuka Tirai::.

Saturday, February 13, 2010

TAMRIN BINA NAQIBAT 2010~~!~




Setelah seminggu tamrin jundiyyat diadakan, tamrin naqibat menyusul pada minggu seterusnya...

TAMRIN BINA NAQIBAT 2010..



Tarikh : 4,5,6 Februari 2010 bersamaan 19,20,21 Safar 1431 H

Tema : "Kefahaman Naqibat Tunjang Kelancaran Usrah"

Tempat : Dewan Fatimah Az-Zahra MMP

Pengarah Program : Al-Ukht Qanitah Che Mohd Zaki

Tim. Pengarah Prog : Al-Ukht Nur Arifah Muhammad




Alhamdulillah..... Tamrin Bina Naqibat telah diadakan dan disasarkan buat semua naqibat usroh tingkatan 2-5..



Usroh adalah sunnah terbesar Rasulullah.. Peranan kecil dalam usroh sebenarnya mampu meledakkan ummah...


Justeru, hal yang turut sama penting adalah kefahaman naqibat itu sendiri.. kerana itulah yang menjadi tunjang bagi melancarkan sistem usroh...

Friday, February 12, 2010

Kenali BADATI 2010

Alhamdulillah, sebelum menyorot lebih jauh, ana ingin mengucapkan jazakumullahu khoiran kathiraa, kepada kak2 yang sudi memberi respon dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penggerak-penggerak badati di sini...


naFAS baRu... BADATI 2010
" Pembentukan Insan Melalui Tarbiyah "

TANZIM BADATI 2010

Pengerusi : Wan Aina Mardhiyah Wan Abdul Aziz
Timb Pengerusi : Qanitah Che Mohd Zaki
Setiausaha I : Azimah Hanun Mas'ud
Setiausaha II : Siti Nor Asmahani Wan Hassan
Bendahari : Nor Zuriati bt Mustapha

Lajnah Usrah dan Bengkel
Exco : Nur Arifah Muhammad
Timb Exco : Salimah Saari

Lajnah Tamrin dan Qiamullail
Exco : Fathin Nabilah Maliki
Timb Exco : Nabilah Radzai

Lajnah Thaqofah dan Perhubungan
Exco : Nur Mardia Mazri
Timb Exco : Fatnin Afiqah Sa'adun

Lajnah Tugas-Tugas Khas
Exco : Zidni Nuran Nordin
Timb Exco : NorShahirah Shamsuddin

Lajnah Ceramah dan Kefahaman Islam
Exco : Wan Najiha Wan Mat Din

Lajnah Iktisod dan Kebajikan

Exco : Fatimah Ab Rahim

Lajnah Akademik
Exco : Nur Fadhlina Che Hussin



.:~WAJAH-WAJAH MEREKA YANG MEWARNAI BADATI 2010
~:.



>KAMI BERSAMA BERSATU BERJUANG DALAM SOF BADATI






>PENUH bERSEMANGAT.... KE ARAH MELANCARKAN GERAKAN DAKWAH DAN TARBIYAH





> DI SINILAH KAMI BERKAMPUNG UNTUK MELANCARKAN SISTEM PENGURUSAN BADATI 2010


Thursday, February 11, 2010

Tamrin JUndiyyat 2010






TaARIKH : 28 JAN 2010-30 JAN 2010 bersamaan 12-14 SAFAR 1421 H
TEMPAT : KEM TEBU VIEW , LATA BELATAN
TEMA : "JUNDIYYAT BERWAWASAN LEDAKAN PERJUANGAN"

" Setiap yang diatas itu bermula dari bawah"
Begitu juga mereka yang mampu mentarbiyah itu lahir dari proses pentarbiyahan

Justeru, bagi melahirkan insan2 yang mampu menggerakkan program dakwah dan tarbiyah, Tamrin Jundiyyat telah diadakan yang disasarkan buat semua AJK BADATI sesi 2010.. Hal ini adalah demi melahirkan jundi2 yang akan meledakkan perjuangan di bumi MMP..sesungguhnya wajah2 yang hadir ke program ini akan menjadi penyambung kepada pergerakan dakwah dan tarbiyah di bumi serba bersejarah, bumi ulamaa' ini .. insyaAllah...


">Hari MuLA2 .. juNdiYYat MeLangkaH penUH berSemaNGat...




"> PosT moRtem KD... aLahai lETih Nampak!!..



"Apabila kamu letih melakuan seuatu kebaikan.. maka ketahuilah sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akn kekal..

~~MaDah peMUJuk buat KD2... saBar Yer!!


Tekun mendengar bait2 bicara ustaz khairul ikhwan..
hinggakan ada segelintir akhawat yang menitiskan air mata lantaran kegentaran hati mengingtkan Allah..



...kata ustaz khair.. sesungguhnya peranan wanita itu amat besar dalam isLam..
Lihatlah siti kHadijah..Permaisuri hati Rasulullah..

petikan yang dapat ana petik..
hinggakan pada suatu masa,apabila saidatina khadijah tiada lg harta ( apabila habis hartanya dibelanjakan pada jalan Allah.. beliau berkata...saat Beliau ingin kembali kepada penciptaNYa" ambillah tulang belulangku untuk dijadikan sumbangan utk islam..
subhanallah....betaPa hebaTnya srikandi2 isLam....

cOretan Ust Khair Al-Ikhwan
ummah di akhir zaman.. ibarat menggenggam bara api... apabila dilepaskan ia menjadi abu.. apbila memegang tangan kita melecur... sama2 reNungkan..


>peNUh beRsemangat Para JUndiyyat Melaungkan NasyiD tema...

"SUNNaH berJuang..."



mehNah dalam perjuaNGan itu suNnatuLLah.. tiDak dapat tidak.. ia aDalah lumRah buat seorang Da'ie...

petikan dalam nasyid tersebut..

berjuanG memang Pahit ... kerana syurga itu Manis..
begitulah.. setiap yang susah itu akan disusuli dengan kemudahan..
dan setiap yang pahit itu akan disusuli deNGan kemaNisan..
tetapi yang paling pentiNG, perlu diingatkan ikhwan dan akhawat sekalian.... jaNJi ALLAH itu pasti..!!



>> JuNDiYYAt bersEdia MengHarung RinTangan..









pada malamnya... para jundi perlu melintasi check point dan merentasi haLangan yang berbeza-beza.. ini menggambarkan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan yang tidak pernah asing buat seorang da'ie...ia juga untuk membiaSakan para pserTa mengharungi ranjau oNak duRi apabila berhadapan dengan dunia daKwah yG sebenar...

pr0GRam ini dijalankan pada waktu malam.. semua lampu2 di sini ditutup...
setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan sebatang lilin...
hanya lilin itu sebagai sumber yang menerangi kumpulan mereka dari kegelapan malam...

lilin ini diibaratkan iman...
iman itu adalah cahaya yang menyinari hati.. yang mengingatkan hati kita pada Allah..
apabila padam cahaya iman itu,. makan gelaplah hati.. sebagaimana gelapnya para jundi ini tanpa cahaya lilin tadi..
justeru , lilin itu perlu dijaga, perlu diwaspada , perlu dipelihara agar ia tidak padam, begitu juga iman.


paDa hari terakhir .. para peserta dibawa ke air terjun Lata Belatan..
perjalanan ke sana sungguh mengasyikkan... sepanjang perjalanan .. kami disambut dengan rimbunan pohon menghijau...

di sini ... kami melihat betapa hebatnya cipTaan Allah..
pOkok2.. air teRjun yang sentiasa mengalir.. subhanallah..

Firman Allah S.W.T
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah)bagi mereka yang berakal. (yaitu)orang-orang yang ,mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang pencipataan langit dan bumi (seraya berkata), " Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Mahasuci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka ( Al-Baqarah , 190-191 )


setelah itu, para JUndIYYat berangKat pulang ..
ingatLah duhai akhawat sekalian! sesungGuhnya perJUangan Itu berMula Selepas tamrin

buat semua pembaca, marilah sama2 kita mendoakan agar jundiyyat yang keluar dari program ini mampu mendidik diri, memperbaiki akhlak seterusnya meledakkan perjuangan bagi melahirkan bi..ah solihah di bumi warisan ulamaa' ini... insyaAllah...

Takbir!!! ALLAHU AKBAR!

~~:seCeBis TiNTa~~

alhamdulillah... sedar tidak sedar... kita sudah sampai ke bulan februari..
adakah kita menjadi insan lebih baik dari hari sebelum ini...

perlu diingat... semakin bertambah usia .. semakin bertambah d0sa ... dan ia mendekatkan kita pada noktah kehidupan...

pertamanya ... ana selaku exco badati 2010... yang bakal meng'edit' bl0g ini sedikit sbyk meminta maaf ats kelewatan menghandle blog ini...

terima kasih... kepada semua pengunjung yang sentiasa setia dgn blog ini..
kepada kak2 mantan exco dan AJK BADATI... moga dapat memberikan sedikit tunjuk ajar buat diriku yang serba baru ini...

ruangan yang daku coretkan di sini ditujukan buat mantan2 exco dan ajk yang telah keluar dari bumi ulamaa' ini khasnya dan masyarakat malaysia amnya..
sesunnguhnya perjalanan dakwah dan tarbiyah di sini.. akan terus hidup selagi mana ada insan yg ingin ditarbiyah dan mentarbiyah.
kepada kak2 .. sesungguhnya .. generasi pewaris ulamaa' tidak pernah hilang dari bumi ini...moga2 cebisan yang ana sempat coretkan disini memberi sedikit gambaran kepada sume tentang perjalanan dakwah dan tarbiyah di sini..

moga2 ia memberikan sedikit sebanyak manfaat buat kita semua.. insyaAllah