.::Pembuka Tirai::.

Saturday, August 23, 2008

salam ramadhan daripada kami ajk, exco,badan eksekutif dan mantan exco BADATI kepada semua umat islam umumnya dan kepada semua pengunjung blog ini khasnya..semoga ramadhan kali ini kita dapat mengisinya sebaik mungkin dan jadikan ia terbaik dari sebelum ini..ameen




.:kedaTanganMu diNanTI peMerGIANMu ditaNgisi:.


"bulan ramadhan

bulan berkat

bulan rahmat dan bulan utama

pahala digandakan doa diterima bulan lailatul qadar yang istimewa"


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

adakah kita sedar ?
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu"


Tuesday, August 19, 2008



assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini nampaknya alhamdulillah allah memberi kelapangan kepada ana untuk menulis .. agak lama ana tidak post karya untuk mengisi ruangan tazkirah..insya allah selepas ini ana mungkin akan cuba mencari kelapangan.. bukan apa internet di kawasan ana belajar agak slow walaupun wireless hanya disatu dua tempat jer yang dapat..pape pun k.nis dan k.fatimah akan cuba memastikan blog ini terus “HIDUP”..Insya-allah..sebarang idea atau karya bolehlah dihantar terus ke e-mail k.nis sendiri id_humaira@yahoo.com atau badati_mmp@yahoo.com ..

p/s: rindu la kat adik2 ajk ,exco n mantan b.e badati..jangan lupakan ana di sini ye!

.:seCanGkir CoRetan:.

kedatanganmu
ku sambut dengan tangan terbuka
namun
berat jua hatiku
membiarkan rejab berlalu
kerna secangkir kudrat tiada mampu
mengisi ia sebaik mungkin

kali ini
aku memegang keazaman
melayarkan masaku untukmu..
syaaban
kan ku membelaimu penuh keimanan

kalaku keasyikan
mendambakan kemuliaan
terpancar sinar rembulan
suatu kemuliaan ..
BARAKAH RAMADHAN

kali ini sekali lagi
aku menanam keazaman
mengisimu dengan keimanan
kala aku keasyikan
memelukmu dengan ketaqwaan
terdengar takbir memuji tuhan
suatu kemenangan
SYAWAL bertandang

..isnin..
=28 ogos 2006=
..9.00 pagi..
written by:
==id_humaira@yahoo.com==

.:sYaaBan:.


PeNdahuluan
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Thursday, August 7, 2008

.::Majlis Wada' & Jamuan::.

-klik utk lihat gambar2-

Location : Dewan Utama, Maahad Muhammadi (P)

Date : 6 Ogos 2008 bersamaan 4 Sya'ban 1429H

Day : Rabu